Maladewa- Siapa sangka negara yang kita kenal dengan ‘vibe’ pariwisata mewah ini sebenarnya ada taring yang sangat tajam dalam arena geopolitik.
Maladewa baru saja buat satu langkah maju dengan memutuskan segala hubungan diplomatik dan mengharamkan segala bentuk produk dari Israel.
Kalau mau tau, keputusan ini bukannya datang secara tiba-tiba atau sekadar ikut ‘trend’ tapi ia adalah puncak kepada ketegangan yang sudah lama terpendam.
Sejarah mencatatkan mereka pernah ada hubungan sekitar tahun 1965 hingga 1974, namun setelah itu semuanya menjadi tawar dan renggang.
Walaupun ada perjanjian kerjasama antara tahun 2012 hingga 2017, ia tetap tidak membawa kepada pemulihan hubungan diplomatik yang penuh antara kedua pihak.
Masuk tahun 2025 tempo hari, kerajaan mereka sudah pun ‘lock’ pintu masuk buat pemegang paspor Israel sebagai tanda protes yang sangat jelas.
Sekarang, noktah paling besar diletakkan apabila semua mata barang atau produk keluaran dari Israel diharamkan dan dilarang memasuki pasar negara kepulauan tersebut.
Langkah ini membuktikan Maladewa bukan sekadar negara pulau yang cantik, tetapi sebuah negara yang berani ambil posisi paling keras dalam isu global.
Keputusan drastik ini pastinya menjadi bualan hangat seluruh dunia kerana jarang ada negara yang berani buat sekatan secara menyeluruh begini.
Ianya satu signal jelas bahawa kedaulatan dan prinsip kemanusiaan jauh lebih bernilai daripada kepentingan ekonomi atau pelancongan semata-mata.









